Terma dan Syarat


Untuk kegunaan am www.samtradefx.com

Terma dan syarat berikut digunakan sebagai ikatan perjanjian di antara anda dengan S.A.M. Trade. Dengan mengakses mana-mana halaman di laman web kami, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang terkandung di sini. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma-terma ini, sila jangan akses atau menggunakan laman web kami. Samtradefx.com berhak untuk mengubahsuai atau mengemaskini Terma-termanya, mengikut budi bicaranya sendiri, tanpa notis. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk selalu menyemak Terma-terma ini bagi emmastikan yang penggunaan laman web dan perkhidmatan anda sentiasa mengikut Terma dan Syaratnya. Sila baca terma penggunaan dengan berhati-hati.

Sebarang rujukan kepada "Tapak", "Tapak Web", "Perkhidmatan", "Kami" dan "Kita" dalam Terma Penggunaan ini adalah merujuk kepada Samtradefx.com dan perkhidmatan yang disediakan. Rujukan kepada "terma" menandakan Terma dan Syarat ini dan rujukan kepada "anda", "anda", "milik anda" menandakan orang yang mengakses dan menggunakan tapak web ini dan perkhidmatannya.

Pemilikan tapak web dan isu hak cipta

Semua kandungan dalam tapak web ini dimiliki sepenuhnya dan dikendalikan oleh S.A.M. Trade, pemberi lesen, dan pembekal kandungannya. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, logo, reka bentuk, teks, grafik, data penentuan harga, data dagangan, imej maklumat prestasi, foto, animasi, audio, dan perisian yang mana semuanya dilindungi di bawah hak cipta, cap dagang dan undang-undang lain berkaitan dengan hak milik intelektual. Oleh itu, anda dilarang untuk mengubahsuai, mengeluarkan semula atau menghantar semula apa-apa kandungan tanpa menulis kebenaran pemiliknya.

Anda dengan ini bersetuju untuk melindungi S.A.M. Trade dan pihak-pihak berkaitan untuk sebarang kerugian, kos dan kerosakan yang wujud disebabkan oleh penyalahgunaan oleh anda, salah laku atau pelanggaran mana-mana terma dan syarat yang ditetapkan dalam perjanjian ini.

Larangan Penggunaan di Tapak Web

Sebagai pengguna tapak web ini, anda amat dilarang daripada melakukan yang berikut:

  1. Memindah, menstrim, atau sebaliknya membuat hak cipta sedia ada, cap dagang, paten, atau bahan serta perisian bertanda perkhidmatan tanpa kebenaran daripada pangarang atau pemilik;
  2. Mencipta, menerbit, memuat turun, memuat naik, mengedar apa-apa yang tidak sah di sisi undang-undang, menjelikkan, merosakkan, mengganggu, menghendap, mengugut, memaki, membelit-belit, menghina, kasar, eksplisit, mencerca, menyerang privasi orang lain, membenci atau bersikap rasis, atau sangat tidak menyenangkan.
  3. Mencipta, menghantar, atau memindahkan perkara bahaya, mengandungi virus, data tercemar, maklumat salah atau kehilangan maklumat pasaran atau komponen merosakkan yang lain;
  4. Mencabuli mana-mana terma dan syarat S.A.M. Trade di tapak web kami atau pautannya;
  5. Gunakan Perkhidmatan berkaitan dengan tinjauan, peraduan, skim piramid, surat berantai, e-mel remeh, spam, atau sebarang mesej duplikasi, banyak atau tanpa diminta (komersil atau sebaliknya).
  6. Penggunaan Perkhidmatan untuk mengiklankan atau menawarkan untuk membeli atau menjual sebarang barangan atau perkhidmatan, atau menjalankan perniagaan atau entiti perdagangan tanpa perjanjian bertullis S.A.M. Trade.
  7. Akses atau campur tangan, dalam apa jua cara, dengan akaun atau sistem komputer pengguna lain Laman ini tanpa kebenaran daripada pemilik akaun.
  8. Mengeksploitasi minor dalam apa jua cara.
  9. Mengumpul maklumat mengenai yang lain, termasuk alamat e-mel menerusi tapak web kami.
Umur Sah di Sisi Undang-Undang

Anda perlu berumur 18 tahun atau lebih untuk menggunakan perkhidmatan di tapak web kami, melainkan ada persetujuan bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang telah didokumenkan.

Had Kandungan Disediakan

samtradefx.com membenarkan pengguna dalam tapak web ini untuk berkongsi dan menghantar maklumat, pandangan, nasihat dan malah menjadikan portfolio serta maklumat prestasi kewangan mereka tersedia kepada pengguna berdaftar yang lain di tapak web ini. Ini tidak bermakna yang S.A.M. Trade bersetuju dan menyokong maklumat yang disediakan oleh pengguna berdaftar laman web memandangkan S.A.M. Trade tidak menggunakan kawalan editorial ke atas mana-mana kandungan yang dicipta atau dihantar pengguna tapak web ini. Oleh itu, anda harus mengambil langkah berjaga-jaga dan menggunakan kearifan anda semasa melihat portfolio, maklumat prestasi kewangan, pandangan atau naishat daripada pengguna berdaftar yang lain.

Anda harus faham bahawa ini semua hanyalah pandangan peribadi pengguna dan maklumat yang disediakan ini mungkin berat sebelah, tidak tepat atau hilang. Ia juga penting untuk mengetahui bahawa prestasi mengikut sejarah bukanlah satu jaminan kepada prestasi masa depan. Oleh itu, sebelum cuba menggunakan sebarang nasihat yang dihantar dalam S.A.M. Trade, sila berunding dengan pakar kewangan bebas untuk nasihat.

Tujuan Maklumat bukan Cadangan

Laman ini mestilah digunakan bagi tujuan informasi sahaja dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai nasihat kewangan atau cadangan. S.A.M. Trade, pekerja-pekerjan dan ejen-ejennya bukanlah penasihat pelaburan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan berdasarkan kepada nasihat yang diberikan, sila pastikan anda telah menjalankan kajian menyeluruh ke atas ketepatan dan kekinian maklumat. Anda bertanggungjawab sendiri dalam meastikan yang mana-mana pelaburan, atau strategi, atau sebarang produk atau perkhidmatan adalah sesuai dengan objektif kewangan, situasi kewangan dan toleransi risiko.

S.A.M. Trade, pekerja-pekerja dan ejennya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami daripada keputusan pelaburan yang anda lakukan. Sila ambil perhatian bahawa sebarang prestasi masa lalu yang ditunjukkan dalam laman ini bukanlah petunjuk prestasi masa depan. Memandangkan tiada jamina, anda haruslah hanya melaburkan wang yang anda mampu dan bersedia untuk rugi.

Indemniti

Anda bersetuju untuk indemniti dan tidak meletakkan tanggungjawab ke atas S.A.M. Trade untuk sebarang dan semua kerugian, kerosakan, liabiliti, tuntutan, penghakiman, penyelesaian, denda, kos dan perbelanjaan (termasuk perbelanjaan berkaitan yang munasabah, bayaran perundangan, kos siasatan) semua yang wujud oleh S.A.M. Trade yang muncul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan, pencabulan Terma ini oleh anda, atau pelanggaran oleh anda, atau mana-mana pengguna Perkhidmatan lain yang menggunakan komputer atau identiti anda, hak intelektual atau hak lain mana-mana orang atau entiti. Anda bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang wujud dalam akaun Perkhidmatan anda.

Sekatan Akses / Penamatan akaun

S.A.M. Trade mempunyai hak, di atas budi bicaranya, mengehadkan atau menamatkan akses dan penggunaan anda kepada Perkhidmatan atau apa-apa bahagian pada bila-bila masa tanpa notis. Melainkan satu perjanjian berasingan telah dibuat di antara anda dengan S.A.M. Trade, kami berhak untuk menamatkan atau menggantung akses anda kepada Perkhidmatan semasa anda didapati melanggar syarat-syarat yang terkandung di sini.

Notis Elektronik

Selagi anda mengakses dan menggunakan laman ini, anda bersetuju dan membenarkan S.A.M. Trade untuk menghantar notis, mesej, surat berita, maklumat, kemaskini atau dokumen-dokumen elektrik kepada alamat e-mel yang ditetapkan semasa pendaftaran anda untuk perkhidmatan atau dengan akses kepada laman web kami. Jika anda tidak mendapat persetujuan untuk menerima sebarang notis secara elektronik, anda mesti menghentikan penggunaan Perkhidmatan.

Pautan Pihak Ketiga

Melainkan dinyatakan secara khusus, kehadiran pautan pihak ketiga tidak menandakan sokongan kami terhadap pautan laman tersebut, penajanya atau apa-apa produk serta perkhidmatan yang ditawarkan. Kami juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang imej atau perubahan kemaskini yang ditemui dalam laman pautan ini. Penggunaan laman berpaut ini adalah di atas risiko anda sendiri.

Berdaganglah dengan kami sekarang!